PERANTI PROGRAM PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA DIAGIH MULAI JUN
Permohonan program PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi pelajar IPT daripada golongan B40 dibuka mulai esok (15 April) dan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan https://perantisiswa.kkmm.gov.my mulai 8 pagi.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (dua, kanan) dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (dua, kiri) pada majlis prapelancaran PerantiSiswa Keluarga Malaysia di Universiti Multimedia (MMU) hari ini. –fotoBERNAMA
CYBERJAYA: Peranti bagi program PerantiSiswa Keluarga Malaysia akan mula diagihkan Jun ini dijamin berkualiti tinggi dari jenama terkenal, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata peranti itu juga dijamin sesuai untuk kegunaan mahasiswa dan telah diperakukan oleh beberapa jawatankuasa seperti Jawatankuasa Teknikal ICT.
“Peranti ini juga telah melalui proses uji suai. Ada beberapa peranti dengan spesifikasi tertentu telah diberi untuk digunakan oleh sekumpulan pelajar untuk kita dapatkan maklum balas.
“Saya jangkakan peranti yang dipilih adalah daripada jenama premium yang berada dalam pasaran,” katanya dalam sidang media selepas majlis prapelancaran PerantiSiswa Keluarga Malaysia di sini hari ini.
Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia diumumkan dalam pembentangan Bajet 2022 sejajar dengan hasrat kerajaan memastikan rakyat terutamanya pelajar institut pengajian tinggi (IPT) mempunyai peranti dan akses internet pada kos yang berpatutan.
Ia bagi membantu pelajar IPT menjalankan aktiviti pembelajaran secara dalam talian, melayari Internet untuk tujuan penyelidikan dan penghantaran mesej kepada keluarga dan rakan-rakan.
Sabtu lepas, Annuar memaklumkan permohonan program PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi pelajar IPT daripada golongan B40 dibuka mulai esok (15 April). Permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan https://perantisiswa.kkmm.gov.my mulai 8 pagi.
Annuar berkata program PerantiSiswa Keluarga Malaysia bakal memanfaatkan kira-kira 350,000 mahasiswa daripada keluarga B40 yang mengikuti pengajian seperti diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
“Saya harap mahasiswa yang memohon adalah yang benar-benar memerlukan peranti untuk tujuan pembelajaran,” katanya.
Annuar berkata program PerantiSiswa itu menggunakan Konsep Guna Pakai selama tempoh pengajian untuk mengelakkan penyalahgunaan peranti seperti menjual atau memberikannya kepada orang lain.
“Kita guna kaedah ini sebab jika peranti rosak ia akan akan diuruskan oleh unit yang telah dikhaskan iaitu Unit Pengurusan Peranti Siswa Keluarga Malaysia, Bahagian Infrastruktur dan Aplikasi, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM),” katanya.
Annuar turut berhasrat memperluaskan program PerantiSiswa Keluarga Malaysia kepada pelajar di Kementerian Pendidikan seperti Institusi Pendidikan Guru.
Turut hadir pada majlis prapelancaran itu adalah Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Ketua Setiausaha (KSU) K-KOMM Datuk Seri Mohammad Mentek dan KSU Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Seri Abdul Razak Jaafar. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked