KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri mengumumkan perkara itu dalam Perutusan Khas COVID-19 yang disiarkan secara langsung di stesen-stesen TV tempatan hari ini.
“Saya telah diberikan taklimat oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara. Trend semasa menunjukkan kes-kes positif COVID 19 yang baharu masih berlaku.
“Trend ini dijangka akan berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes-kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan bagi satu tempoh masa yang lebih lama.
“Sehubungan itu, kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020.
“Saya memaklumkan pelanjutan tempoh ini lebih awal supaya saudara saudari lebih bersedia,” kata Perdana Menteri.
Muhyiddin berkata, setakat jam 12 tengah hari tadi, kes positif COVID-19 meningkat kepada 1,796 kes iaitu penambahan 172 kes baharu pada hari ini.
“Tujuh hari yang lalu, jumlah keseluruhan kes COVID-19 ialah 673 kes.
“Ini bermakna, kes positif COVID 19 telah meningkat lebih sekali ganda dalam tempoh hanya satu minggu. Jumlah kematian juga telah meningkat kepada 17 orang termasuk seorang doktor,” katanya.
Dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara, Perdana Menteri turut memimpin dan membacakan doa agar rakyat dan negara ini dilindungi Allah swt dari wabak COVID-19.
Muhyiddin berkata Kerajaan menjangkakan kes-kes baharu akan terus berlaku dalam masa yang terdekat.
“Oleh itu, Kementerian Kesihatan telah melakukan persiapan. Ini termasuk menyediakan 3,585 katil di 34 buah hospital di seluruh negara untuk menerima pesakit-pesakit COVID-19.
“Pada masa ini 34 peratus daripada kapasiti katil hospital telah digunakan, dengan baki sebanyak 66 peratus lagi yang masih boleh menampung pesakit.
“Jika berlaku pertambahan jumlah kes positif COVID 19 melebihi kapasiti yang ada di hospital, beberapa tempat telah dikenalpasti untuk dijadikan pusat pengasingan dan kuarantin sementara,” katanya.
Perdana Menteri berkata usaha-usaha akan terus dibuat untuk mencegah penularan COVID-19 sehinggalah negara benar-benar dapat membendung wabak penyakit itu dengan cara memutuskan rantaian jangkitan sepenuhnya.
“Ini bermakna, pergerakan orang ramai mesti terus dikawal. Strategi kerajaan ialah untuk mencari, menyaring, mengasing dan merawat pesakit COVID-19.
“Kementerian Kesihatan akan meningkatkan kapasiti untuk melakukan ujian saringan pada skala yang lebih besar. Ini termasuk melakukan mass testing khususnya di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi.
“Dengan kata lain, kita ingin mencegah jangkitan. Strategi ini akan berjaya sekiranya orang ramai tidak terdedah kepada jangkitan virus ini menerusi pergaulan harian,” kata Muhyiddin.
Perdana Menteri meminta semua rakyat bersedia secara mental dan fizikal untuk duduk diam-diam di rumah bagi tempoh yang agak lebih lama.
“Just be mentally and physically prepared to stay at home for a reasonably longer period of time,” kata Muhyiddin.
Muhyiddin berkata beliau mengarahkan semua kementerian untuk membuat persiapan yang rapi bagi mengurus keperluan asas rakyat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa.
“Yang penting semua keperluan asas mestilah sentiasa tersedia dan mencukupi. Ini termasuk bekalan makanan, elektrik dan air, perkhidmatan kutipan sampah dan pembentungan, kemudahan komunikasi dan logistik serta keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.
Menyedari ramai kelompok terjejas, Perdana Menteri turut mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk menggerakkan jentera Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan bagi mengenal pasti golongan asnaf yang layak disalurkan bantuan zakat dengan kadar segera, selain beberapa inisiatif diumumkan kerajaan sebelum ini.
“Saya berharap pusat pungutan zakat di negeri-negeri lain juga dapat melakukan perkara yang sama.
“Organisasi-organisasi kebajikan atau charity organizations juga boleh memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan, ” kata Perdana Menteri. — AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests