Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PERMOHONAN PERMIT UMRAH RAMADAN 1444H KINI DIBUKA

DUNIA

PERMOHONAN PERMIT UMRAH RAMADAN 1444H KINI DIBUKA

Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) Arab Saudi pada Rabu mengumumkan permohonan permit untuk mengerjakan ibadah umrah sepanjang Ramadan 1444H kini dibuka.

Gambar ARKIB. Sumber AFP

KUALA LUMPUR: Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) Arab Saudi pada Rabu mengumumkan permohonan permit untuk mengerjakan ibadah umrah sepanjang Ramadan 1444H kini dibuka.

Kementerian itu menerusi kenyataan dimuat naik di laman Twitter rasminya berkata, permohonan itu terbuka kepada semua warga Saudi dan warga asing dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

“Permohonan hendaklah dibuat melalui aplikasi telefon pintar “Nusuk” atau “Tawakkalna” dengan syarat pemohon bebas jangkitan COVID-19 dan bukan kontak rapat kepada mana-mana pesakit COVID-19”, katanya.

Kenyataan itu turut menambah bahawa permit umrah bagi warga asing sah laku sehingga 90 hari, di samping mengingatkan para jemaah agar tidak tinggal di Arab Saudi melebihi tempoh berkenaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading