PERMOHONAN TINGGI ANTARA FAKTOR CALON TIDAK TERIMA TAWARAN KE UNIVERSITI AWAM
Program kompetitif seperti perubatan, perakaunan serta undang-undang mendapat permohonan yang tinggi dan persaingan yang sengit kerana ramai calon yang layak.
PUTRAJAYA: Permohonan yang tinggi bagi program kompetitif selain gagal dalam temu duga antara faktor calon tidak mendapat tawaran ke universiti awam (UA) melalui sistem UPUOnline, kata Ketua Pengarah Pengajian Tinggi Prof Datuk Dr Husaini Omar.
Dalam taklimat media mengenai UPUOnline di sini hari ini, beliau berkata program kompetitif seperti perubatan, perakaunan serta undang-undang mendapat permohonan yang tinggi dan persaingan yang sengit kerana ramai calon yang layak.
Mengambil contoh program perubatan, beliau berkata sebanyak 1,931 calon memohon program berkenaan berbanding kapasiti tempat disediakan iaitu 680 sahaja.
“Selepas semakan dibuat, hanya 1,841 calon sahaja layak untuk menyertai program perubatan dan kita kemudiannya tawarkan program itu kepada 692 calon sahaja. Tawaran dikeluarkan itu telah melebihi kapasiti disediakan kerana pihak kementerian minta jasa baik pihak universiti untuk terima 12 lagi pelajar,” katanya.
Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke UA Sesi Akademik 2022/2023 bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setarafnya diumumkan pada Ahad lepas melalui UPUOnline.
Sesi Akademik 2022/2023 menawarkan 1,088 program untuk lepasan STPM dan setaraf, 293 program pengajian bertemu duga dan ujian serta 795 program pengajian tidak bertemu duga dan ujian.
Secara keseluruhan, Husaini berkata 115,477 calon telah memohon untuk masuk ke UA melalui sistem UPUOnline pada tahun ini dengan 90,745 daripada mereka layak kerana melepasi syarat am ditetapkan universiti.
“Kita sediakan 71,615 tempat di 20 UA seluruh negara untuk lepasan STPM dan setara pada tahun ini,” katanya dan menambah sebanyak 48,665 tempat adalah untuk calon STPM dan asasi, 2,974 untuk lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia dan 19,976 untuk lepasan diploma dan setara.
Husaini berkata kemasukan ke UA melalui sistem UPUOnline turut melibatkan empat kumpulan sasar yang diberi laluan khas iaitu kumpulan B40, Orang Asli, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan atlet iaitu 23,032 calon kategori B40, Orang Asli (86), OKU (125) dan atlet (32).
Beliau berkata calon yang gagal mendapat tawaran ke UA masih boleh membuat rayuan melalui sistem UPUOnline atau mengemukakan permohonan terus ke universiti untuk ambilan sendiri.
“Permohonan rayuan di UPUOnline boleh dibuat dalam tempoh 10 hari selepas keputusan permohonan kemasukan diumumkan.
“Hanya empat pilihan sahaja diberi untuk pemohon kemukakan rayuan, (dan) mereka diminta membuat pilihan terbaik berdasarkan kriteria program,” katanya hanya 587 program pengajian ditawarkan semasa rayuan.
Dalam pada itu, Husaini berkata pihaknya mempertimbangkan cadangan untuk memasukkan sebab-sebab calon gagal dalam keputusan melanjutkan pelajaran ke UA melalui sistem UPUOnline.
“Sekarang kita hanya letak ‘Berjaya’ atau ‘Gagal’ dalam keputusan permohonan ke UA, mungkin kita pertimbangkan untuk letak sebab-sebab mereka gagal untuk mereka tahu nanti,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.