PERTUKARAN RUMPUT STADIUM NASIONAL BERMULA JANUARI 2023
KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pertukaran permukaan padang Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini yang dianggarkan menelan belanja antara RM1.2 hingga RM1.4 juta hanya akan bermula seawal Januari tahun depan.
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (dua, kanan) mendengar penerangan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (kanan) ketika baginda berkenan mencemar duli hadir meninjau keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. Gambar: BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pertukaran permukaan padang Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini yang dianggarkan menelan belanja antara RM1.2 hingga RM1.4 juta hanya akan bermula seawal Januari tahun depan.
Kelewatan kerja-kerja menggantikan rumput di Stadium Nasional yang dijangka mengambil masa kira-kira empat bulan itu disebabkan komitmen yang telah dipersetujui pihak stadium untuk menganjurkan beberapa acara di venue rasmi skuad Harimau Malaya itu sepanjang tahun ini.
Prosesnya itu bagaimanapun akan akan bermula secepat mungkin apabila Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bekerjasama rapat dengan pihak Stadium Sultan Ibrahim milik Johor Darul Ta’zim (JDT) di Iskandar Puteri, Johor.
Pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika ditemui media selepas melakukan tinjauan di gelanggang keramat skuad Harimau Malaya itu bertitah pertukaran permukaan rumput di padang berkenaan dilihat sebagai pelaburan jangka panjang bagi stadium berkenaan.
“Kalau kita tengok negara-negara jiran kita semua dah tukar kepada rumput yang lebih berkualiti kerana rumput ini adalah sebagai pelaburan jangka panjang untuk stadium kita dan salah satu stadium punya reputasi, lebih-lebih lagi, ini adalah Stadium Nasional.
“Jadi saya rasa dengan segera kita akan tukar, tapi saya difahamkan oleh kerana Stadium Nasional pun ada komitmen beberapa acara untuk tahun ini bermakna padang akan bermula kerja lebih lewat. Insya-Allah tak silap saya pada Januari tahun depan,” titah baginda.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Pada sesi tinjauan tersebut, Tunku Mahkota Johor itu turut berkenan menyerahkan replika cek dengan nilainya tertulis “kos penukaran permukaan padang” Stadium Nasional Bukit Jalil bagi mengotakan janji baginda menaja perbelanjaan pertukaran rumput baharu jenis Zeon Zoysia di stadium berkenaan.
Sementara itu, Ahmad Faizal menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas kurniaan dana pertukaran padang daripada Tunku Ismail dan menganggap ia sebagai satu sumbangan amat signifikan kepada pembangunan bola sepak di negara.
“Tentunya saya bersama PSM akan bekerjasama dengan pasukan Tunku di Johor untuk pastikan padang kita dalam keadaan terbaik. Kita akan mula satu proses pembelajaran dan bertukar-tukar nota untuk memastikan akhirnya stadium ini padangnya boleh dibanggakan hingga banyak pasukan antarabangsa sudi bermain,” katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Faizal berkata kerja-kerja penukaran padang itu perlu melalui beberapa proses bersama Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kewangan, namun berpendapat proses itu dapat dilaksanakan segera.
Sebagai rekod, minggu lepas Tunku Ismail sekali lagi menarik perhatian media menerusi kenyataan baginda yang mahu menanggung kos pertukaran rumput Stadium Nasional sebagai hadiah kepada skuad Harimau Malaya. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked