Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PESAWAT BAWA 133 PENUMPANG TERHEMPAS DI CHINA

DUNIA

PESAWAT BAWA 133 PENUMPANG TERHEMPAS DI CHINA

BEIJING: Sebuah pesawat China Eastern yang membawa 133 penumpang terhempas di barat daya China dengan jumlah mangsa tidak diketahui, lapor syarikat penyiaran CCTV pada Isnin.

Pesawat Boeing 737 itu terhempas di kawasan luar bandar berhampiran bandar Wuzhou, wilayah Guangxi dan “menyebabkan kebakaran gunung”, kata CCTV yang memetik biro pengurusan kecemasan wilayah.

Laporan itu memaklumkan pasukan penyelamat telah digerakkan ke lokasi kejadian.

Media tempatan melaporkan pesawat China Eastern MU5735 tidak tiba di destinasi yang dijadualkan di Guangzhou selepas berlepas dari Kunming kira-kira 1 petang Isnin.

Tiada maklum balas daripada China Eastern ketika dihubungi AFP. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading