Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PIHAK BERKUASA PALESTIN BANTAH TINDAKAN BRAZIL BUKA PEJABAT DIPLOMATIK DI BAITULMAQDIS

DUNIA

PIHAK BERKUASA PALESTIN BANTAH TINDAKAN BRAZIL BUKA PEJABAT DIPLOMATIK DI BAITULMAQDIS

RAMALLAH: Pihak Berkuasa Palestin (PA) pada Ahad memanggil pulang dutanya ke Brazil sebagai bantahan terhadap langkah membuka sebuah pejabat diplomatik negara itu di Baitulmaqdis, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Kementerian Luar.

Kenyataan berkenaan menyebut keputusan Brazil itu dikecam dan merupakan satu “pelanggaran legitimasi antarabangsa dan keputusannya yang amat jelas,” sambil menambah “langkah tersebut adalah satu pencabulan langsung ke atas penduduk Palestin dan hak-hak mereka.”

“Keputusan itu adalah respons positif kepada tekanan Amerika-Israel bagi mempertahan pendudukan, petempatan dan pengyahudian Baitulmaqdis yang diduduki, mengilhakkannya serta mengenakan undang-undang Israel secara paksa di kawasan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Kementerian itu juga menyebut kepimpinan Palestin kini berunding dengan pelbagai negara Arab “untuk mengambil pendirian yang bersatu dalam mendepani sikap sesetengah negara.”

Baitulmaqdis adalah bahagian yang tidak boleh dipisahkan dari keseluruhan wilayah Palestin yang diduduki pada 1967, menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut keputusan pentadbiran Amerika Syarikat, Israel dan negara lain yang bersekutu dengan mereka tidak akan pernah mewujudkan hak di Baitulmaqdis Timur yang diduduki.

Terdahulu pada Ahad, Brazil mengumumkan bahawa negara itu membuka sebuah pejabat diplomatik di Baitulmaqdis dan ia akan menjadi sebahagian daripada kedutaannya di Tel Aviv, menurut Radio Israel. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading