Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PM SETUJU TANGGUH MANSUH ELAUN KRITIKAL

DALAM NEGARA

PM SETUJU TANGGUH MANSUH ELAUN KRITIKAL

SHAH ALAM: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju untuk menangguhkan pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) kepada penjawat awam.

Perkara itu dikongsikan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melalui Twitter rasminya hari ini.

Menurutnya, perbincangan telah dibuat dan Dr Mahathir bersetuju dengan perkara tersebut.

“Saya baru berbincang dengan Dr Mahathir dalam isu elaun kritikal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Alhamdulillah, beliau telah bersetuju menangguhkan pekeliling JPA yang baru, berkenaan elaun kritikal.

“Kabinet akan bersama membincangkan isu ini pada mesyuarat Kabinet pertama pada Januari akan datang,” katanya.

Syed Saddiq berkata, beliau akan terus memastikan suara anak muda didengar dan diberi perhatian.

“Suara anak muda adalah suara keramat. Mereka merupakan pewaris negara bangsa kita bersama. Saya akan pastikan suara doktor, jururawat muda dalam sektor kerajaan tidak akan diabaikan dan tidak akan dianaktirikan. Insya-ALLAH, kita akan usahakan yang terbaik,” katanya.

Syed Saddiq sebelum ini menjadi antara terawal memberi reaksi balas membantah perlaksanaan pemansuhan BIPK dan sanggup memulangkan elaun percutian serta memotong 10 peratus gaji yang diterima sebagai menteri.

Beliau juga menegaskan, kerajaan sepatutnya membuat pemotongan elaun menteri bukannya penjawat awam. — SINAR HARIAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading