KUALA LUMPUR: Bermula 1 April ini, kerajaan memutuskan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 2 dengan semua premis perniagaan yang menjual keperluan harian, termasuk pasaraya, pasar, restoran, kedai mamak dan stesen minyak dihadkan operasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam setiap hari.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob berkata peraturan yang sama juga dikuatkuasakan bagi perkhidmatan
penghantaran makanan.
Katanya, waktu operasi pengangkutan awam pula dibenarkan dari jam 6 pagi hingga 10 pagi dan dari 5 petang hingga 10 malam, selain kenderaan persendirian hanya dibenarkan di atas jalan raya antara jam 6 pagi hingga 10 malam, termasuk perkhidmatan e-hailing dan teksi.
“Semua kenderaan persendirian hanya dibenarkan seorang sahaja, iaitu pemandu kecuali waktu kecemasan.
“Pengangkutan komersial melibatkan barangan keperluan seperti makanan dan perubatan digalakkan beroperasi dari 7 malam sehingga 7 pagi,” katanya dalam sidang media PKP yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen tempatan hari ini.
Susulan arahan itu, Ismail berkata, kerajaan
menggalakkan orang ramai membuat pembelian secara atas talian (online).
“Aktiviti riadah dan sosial tidak dibenarkan di kawasan awam dan persendirian. Kelonggaran akan diberi kepada golongan autism dan kurang upaya (OKU) untuk mendapatkan terapi seperti dinasihatkan pakar, dan ini tidak dibenarkan secara berkumpulan,” katanya.
Ismail Sabri menegaskan PKP Tahap 2 berbeza daripada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Simpang Renggam dan Hulu Langat di mana pergerakan keluar masuk di kawasan terbabit adalah dilarang sama sekali.
Beliau juga memaklumkan Polis Diraja Malaysia
(PDRM) telah menahan 828 individu di sekatan jalan raya dan rondaan PDRM kerana
melanggar PKP.
“Sekatan di plaza tol di seluruh negara juga ditambah dari 23 kepada 65 dan akan ditingkatkan kepada 114 plaza tol,” katanya menjelaskan jumlah keseluruhan anggota bertugas dalam pelaksanaan PKP adalah seramai 67,774.
Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri turut
memaklumkan keputusan kerajaan supaya harga siling topeng muka ditetapkan pada
RM1.50 dengan pematuhannya akan dipantau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). – AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked