COVID-19 KINI MELEPASI 700,000 KES DI SELURUH DUNIA

ANKARA: Bilangan kes koronavirus global kini melepasi angka 704,000 kes semalam, demikian menurut data dikumpulkan Universiti Johns Hopkins di Amerika Syarikat (AS).

Virus yang dikenali sebagai COVID-19, yang muncul di Wuhan, China pada Disember lalu, kina menular di sekurang-kurangnya 177 negara dan wilayah di seluruh dunia dengan merekodkan lebih 33,500 kes maut.

Daripada jumlah itu, 148,824 individu yang didiagnos dengan virus itu telah sembuh.

Itali, Sepanyol, China dan Iran terus menjadi negara terjejas teruk dari jumlah kematian, bagaimanapun AS mendahului dari segi jumlah jangkitan dengan 132,637 kes COVID-19, demikian laporan agensi berita Anadolu.

Itali merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 10,779 maut dengan hampir 98,000 kes jangkitan, manakala Sepanyol mencatatkan 6,606 maut dengan 78,700 kes COVID-19.

China yang juga “ground zero” koronavirus mengikuti di belakang Sepanyol dengan lebih 3,300 maut dan lebih 82,100 kes.

Sementara itu, jumlah kematian di Iran kini mencecah 2,640 dengan jumlah jangkitan melebihi 38,300 kes di negara itu.

Kebanyakan negara kini menguatkuasakan larangan penerbangan keluar masuk selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkannya sebagai pandemik global dengan Eropah sebagai pusat penularan terbaru. — Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply