KUALA LUMPUR: Selepas menjadi negeri mencatatkan
kes tertinggi COVID-19 di Malaysia, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menganjurkan inisiatif zikir munajat “Rakyat
Selangor Berdoa” bermula malam ini.
Program zikir munajat yang akan bermula
jam 8.50 malam ini dan Khamis (2 April 2020) pada waktu sama dilaksanakan selepas
mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin
Idris Shah.
Melalui program ini, umat Islam di Selangor diajak untuk sama-sama bermunajat dan memohon agar musibah wabak COVID-19 dijauhkan dan diangkat Allah swt dari negara ini.
Ketika ini, sebanyak 612 daripada 2,470
kes jangkitan COVID-19 di Malaysia dicatatkan di Selangor.
“Hasil perbincangan Jabatan Mufti Negeri Selangor bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan perkenan Sultan Selangor program Rakyat Selangor Berdoa akan diadakan pada malam ini dan 2 April jam 8.50 malam di seluruh masjid, surau dan rumah masing-masing.
“Kaedah pelaksanaannya akan dilakukan dengan imam masjid dan surau mengumandangkan zikir munajat melalui alat pembesar suara diikuti bacaan doa disediakan Jabatan Mufti Negeri Selangor.
“Ahli-ahli qariah dan umat Islam yang dijangka tidak dapat mendengar zikir dan doa dari masjid dan surau boleh mengikuti zikir dan doa yang dibuat melalui Facebook Live Masjid Negeri Selangor dan Bukit Jelutong,” demikian menurut poster #RakyatSelangorBerdoa yang diterima AlHijrah Online hari ini.
“Semoga Allah swt mengangkat musibah
wabak COVID-19,” demikian catatan di poster berkenaan.
Statistik Kementerian Kesihatan setakat semalam menunjukkan empat daripada 15 zon merah COVID-19 di negara ini adalah di Selangor iaitu di Petaling (223 kes), Hulu Langat (209 kes), Gombak (59 kes) dan Klang (62 kes).
Daripada 2,470 kes jangkitan COVID-19 di seluruh negara, 612 kes direkodkan di Selangor di sembilan lokaliti iaitu Petaling, Hulu Langat, Gombak, Klang, Kuala Selangor, Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Hulu Selangor.
Bermula tengah malam tadi hingga 13 April ini, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan di Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor selepas 71 kes COVID-19 direkodkan di kawasan itu.
Perintah kawalan kawalan pergerakan diperketatkan yang antara lain melarang pergerakan keluar mask dari kawasan itu, akan membabitkan 3,918 penduduk setempat di tujuh kampung. – AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked