Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PM ANWAR AKAN TERUS GUNA PETIKAN AYAT AL-QURAN DALAM UCAPAN

DALAM NEGARA

PM ANWAR AKAN TERUS GUNA PETIKAN AYAT AL-QURAN DALAM UCAPAN

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan terus menggunakan petikan ayat al-Quran dan tafsiran dalam ucapannya, namun akan merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang kontroversi.

Sumber Gambar: BERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan terus menggunakan petikan ayat al-Quran dan tafsiran dalam ucapannya, namun akan merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang kontroversi.

Beliau berkata petikan ayat al-Quran yang dilontarkan pada perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum ini mencetuskan kontroversi, bagaimanapun beliau bersyukur kerana insiden itu menimbulkan minat masyarakat terutama anak muda untuk membaca dan menelaah al-Quran secara lebih mendalam.

“Saya anggap penting bulan-bulan lain saya baca ayat al-Quran dan tafsir supaya menggalakkan perbahasan, tapi saya akan rujuk kepada Jakim terlebih dahulu supaya (dapat) mengelakkan kontroversi,” katanya pada majlis perhimpunan bulanan JPM di sini hari ini.

Pada perhimpunan bulanan JPM Disember tahun lepas, Anwar dilaporkan memetik kisah tujuh pemuda Ashabul Kahfi dalam surah al-Kahfi yang mengundang reaksi ramai serta dijadikan polemik politik.

Walaupun menyifatkan serangan terhadapnya keterlaluan susulan kontroversi itu, Anwar bagaimanapun berkata mana-mana pemimpin yang memberi ucapan sebaiknya harus mempunyai rujukan al-Quran.

Anwar turut menjelaskan beliau mengaitkan kisah berkenaan pada ketika itu bertujuan menyeru penjawat awam agar sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak ketika menjalankan tugas.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading