Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid (kiri) meninjau lokasi penemuan mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mattin berhampiran Apartmen Idaman, Damansara Damai hari ini. Zayn Rayyan dilaporkan hilang tengah hari Selasa dan ditemukan meninggal dunia dalam aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya kira-kira 10 malam Rabu. Mayat kanak-kanak lelaki itu dijumpai kumpulan penduduk yang turut membantu operasi mencari mangsa. –BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis sekali lagi mengambil keterangan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin semalam bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Fakhrudin Abd Hamid berkata polis juga akan merekodkan keterangan beberapa pihak lain termasuk pengasuh Zayn Rayyan dan individu pertama yang menjumpai mayat kanak-kanak itu di aliran sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, Rabu lepas.
“Kita (polis) dalam proses mendapatkan keterangan secara fizikal dan apa-apa yang boleh membantu siasatan bagi mengesan suspek.
“Siasatan untuk mencari bukti juga akan tertumpu kepada keseluruhan kawasan apartmen ini dengan keluasan kira-kira lapan hektar selain terhadap penghuni Blok R di Apartment Idaman yang berada dekat dengan lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yang sebelum itu turut meninjau lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan memaklumkan setakat ini belum ada sebarang rumusan berkaitan kes berkenaan berikutan keputusan bedah siasat baharu diperoleh semalam.
Mohd Fakhrudin berkata Apartment Idaman mempunyai 18 blok dan lebih 2,400 unit rumah.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan dikawal pihak polis dengan pita kuning larangan melintas dipasang di kawasan belukar dan anak sungai selain di Blok R di Apartment Idaman untuk mengelak gangguan di kawasan kejadian.
Pasukan penyiasat daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman turut kelihatan berada di kawasan kejadian sejak 9.30 pagi bagi mempergiat usaha mencari bukti terbaharu bagi melengkapkan siasatan.
Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan Zayn Rayyan yang ditemukan meninggal dunia di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya dipercayai dibunuh selepas proses bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak malang itu.
Kanak-kanak berusia enam tahun itu dibunuh di lokasi lain dan dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh 48 jam sebelum mayatnya diletakkan di anak sungai terbabit.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests