POLIS SERBU ‘MAKMAL’ DADAH, LEBIH 18 KG DADAH DIRAMPAS
IPOH: Polis Perak menyerbu sebuah rumah di Buntong yang dijadikan sebagai tempat pemprosesan dadah dan merampas 18.4 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis dengan nilai anggaran RM337,683.60 pada 7 Ogos lepas.
Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris (tengah) melihat pelbagai jenis dadah yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak hari ini. — Bernama
IPOH: Polis Perak menyerbu sebuah rumah di Buntong yang dijadikan sebagai tempat pemprosesan dadah dan merampas 18.4 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis dengan nilai anggaran RM337,683.60 pada 7 Ogos lepas.
Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata seorang lelaki warga tempatan turut ditahan dalam serbuan sekitar 8.25 malam oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak itu.
Azizi berkata siasatan awal mendapati suspek berusia 37 tahun itu diupah untuk memproses dadah berkenaan oleh satu sindiket yang dipercayai mula bergiat aktif sejak Mei lepas.
“Antara dadah yang dirampas adalah daripada jenis methamphetamine (1.436 kg), heroin base (0.745 kg), heroin (0.765 kg), pil eramin 5 (0.56 kg), pil ecstasy (0.381 kg), kafein (12.740 kg) dan serbuk jus (1.78 kg).
“Ujian saringan awal air kencing turut dilakukan dan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai 10 rekod kesalahan lampau berkaitan kes dadah dan empat rekod jenayah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.
Azizi berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek direman enam hari bermula semalam hingga 13 Ogos bagi membantu siasatan.
Beliau berkata tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dan JSJ Narkotik Perak telah menyita sebuah kereta bernilai RM125,000.
Beliau berkata kejayaan tangkapan ini hasil kerjasama berterusan antara masyarakat dan agensi penguatkuasaan lain.
“Kami menyeru orang awam supaya menyalurkan apa jua informasi berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah agar tindakan penguatkuasaan dapat dipertingkat bagi memastikan negeri ini bebas daripada ancaman dadah,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests