DALAM NEGARA
POLIS TAHAN BAPA DISYAKI TAMPAR, TUMBUK ANAK KEMBAR
Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki mendera anak kembar lelakinya berusia 11 tahun dengan menampar serta menumbuk pada bahagian muka dan badan.
Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki mendera anak kembar lelakinya berusia 11 tahun dengan menampar serta menumbuk pada bahagian muka dan badan.

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki mendera anak kembar lelakinya berusia 11 tahun dengan menampar serta menumbuk pada bahagian muka dan badan.
Ketua Polis Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata pemandu lori yang berusia 44 tahun itu ditahan 7.30 malam semalam di sekitar kawasan rumahnya di Taman Sentosa, Klang oleh sepasukan polis dari cawangan kereta peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati bapa kepada lima orang anak itu ialah seorang yang panas baran dan sering memukul pasangan kembar itu sebelum ini.
Katanya terdapat kesan kecederaan lama ditemukan pada badan kedua-dua mangsa akibat dipukul oleh suspek.
“Suspek juga mempunyai tiga rekod lampau atas kesalahan jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan.
Cha berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi kesalahan penderaan dan suspek kini direman empat hari bermula hari ini.–AlHijrah Online
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Cuaca panas dilaporkan menjadi antara punca kepada peningkatan harga telur ketika ini. Ia ekoran kadar kematian...
Pemberian subsidi elektrik tidak wajar dijadikan penyelesaian berulang, sebaliknya kerajaan disaran memperkukuh subsidi bersasar dan memperluas...
Rukun Negara bukan slogan kosong atau bahan jenaka. Ia merupakan ikrar kewarganegaraan bagi memelihara kesatuan, keluhuran...
Operasi kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai diarah tutup sementara susulan insiden seorang pekerja maut selepas...
Suspek dipercayai menggunakan pisau sepanjang 14.5 sentimeter untuk menyerang mangsa, menyebabkan kecederaan pada bahagian belakang dan...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)
Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.