Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TAHAN PENUNGGANG MOTOSIKAL BALING SEPANA KERANA BERANG DIHON

DALAM NEGARA

POLIS TAHAN PENUNGGANG MOTOSIKAL BALING SEPANA KERANA BERANG DIHON

Polis berjaya menahan seorang lelaki disyaki menunggang motosikal secara berbahaya dan bertindak membaling sepana ke arah sebuah kenderaan di Jalan Kuching, di sini, pada Isnin.

KUALA LUMPUR: Polis berjaya menahan seorang lelaki disyaki menunggang motosikal secara berbahaya dan bertindak membaling sepana ke arah sebuah kenderaan di Jalan Kuching, di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai berkata, lelaki warga tempatan berusia 38 tahun itu ditahan di Taman Wangsa Melawati pada jam 3.30 petang tadi.

“Hasil semakan, suspek tiada rekod kesalahan lampau, kita akan memohon reman esok bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, kejadian berlaku ketika mangsa sedang memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dan sebuah motosikal telah memotong dari arah kanan kenderaan itu secara berbahaya.

Terkejut dengan tindakan penunggang motosikal itu, mangsa telah membunyikan hon sebagai tanda amaran.

Suspek kemudian menunjukkan isyarat lucah dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu MPV itu.

“Mangsa bagaimanapun tidak melayan tindakan suspek dan meneruskan pemanduan. Namun secara tiba-tiba penunggang motosikal tersebut telah membaling sepana sehingga menyebabkan cermin belakang kenderaan itu pecah,” katanya.

Menurut Eng Lai, kejadian tersebut berjaya dirakam pemandu kenderaan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading