Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA PALESTIN 14 TAHUN MAUT DITEMBAK TENTERA ISRAEL

DALAM NEGARA

REMAJA PALESTIN 14 TAHUN MAUT DITEMBAK TENTERA ISRAEL

RAMALLAH: Seorang remaja Palestin maut selepas ditembak mati oleh tentera Zionis, pada Selasa.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin, mangsa Mohamed Shehade berusia 14 tahun maut selepas terkena tembakan di Al-Khader di kawasan Baitulaham.

Tentera Israel dalam kenyataan yang dikeluarkan mendakwa mangsa antara tiga suspek disyaki terbabit membaling bom molotov ke arah pengguna jalan raya.

Zionis juga memaklumkan tenteranya sedang menjalankan operasi anti pengganas di kawasan Al-Khader di mana beberapa pemandu kenderaan awam menjadi sasaran serangan sejak beberapa bulan lalu.

“Anggota tentera melepaskan tembakan ke arah seorang daripada tiga suspek yang membaling bom molotov ke arah kenderaan dan tembakan itu kena pada suspek.

“Anggota tentera berusaha memberikan bantuan, namun suspek meninggal dunia,” jelas kenyataan tentera Israel.

Korban terbaru itu berlaku selepas tentera Israel menembak mati seorang lagi remaja Palestin, Nehad Bargouthi, 19, di Tebing Barat minggu lalu.

Dua hari sebelum itu, seorang lagi remaja berusia 17 tahun, Mohammed Abu Salah, ditembak selepas perbalahan berlaku ketika tentera Israel memusnahkan sebuah kediaman rakyat Palestin yang didakwa terbabit dalam pembunuhan penduduk Yahudi di Tebing Barat.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading