Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TUMPAS KEGIATAN DOKTOR JUAL SIJIL VAKSIN COVID-19 PALSU

DALAM NEGARA

POLIS TUMPAS KEGIATAN DOKTOR JUAL SIJIL VAKSIN COVID-19 PALSU

KUALA TERENGGANU: Polis berjaya membongkar kegiatan seorang doktor klinik swasta yang menjual sijil vaksin COVID-19 palsu, di Marang, Terengganu, pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Terengganu Deputi Komisioner Datuk Rohaimi Md Isa berkata, doktor yang berusia 51 tahun itu ditahan dalam serbuan polis dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Terengganu selepas mendapat aduan awam berkenaan kegiatan tersebut.

Katanya, kegiatan tersebut dipercayai dilakukan sejak September tahun lepas dengan mengenakan cas bayaran antara RM400 hingga RM600 bagi mereka yang mendapatkan sijil vaksinasi palsu itu.

“Siasatan awal polis mendapati kira-kira 1,900 individu terlibat dalam mendapatkan sijil vaksinasi palsu itu, sementara pemeriksaan MySejahtera bagi individu tersebut akan dilakukan bagi mengesan jumlah sebenar individu yang tidak menerima vaksinasi tetapi mempunyai sijil tersebut.

“Kami percaya terdapat individu dari luar Terengganu ini yang turut menggunakan khidmat doktor berkenaan bagi mendapatkan sijil vaksinasi palsu,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Rohaimi berkata, suspek juga dipercayai menggunakan ejen dan diberi komisen RM50 bagi mempromosikan perkhidmatannya dan kebanyakan pelangganya berurusan secara dalam talian dengan doktor tersebut.

Kes disisasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading