Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KJ: MALAYSIA TIDAK MAMPU LAKSANAKAN ‘LOCKDOWN’

DALAM NEGARA

KJ: MALAYSIA TIDAK MAMPU LAKSANAKAN ‘LOCKDOWN’

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak mampu dari segi ekonomi dan kebajikan rakyat sekiranya melaksanakan sekatan pergerakan atau ‘lockdown’ bagi mengekang penularan COVID-19.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bagaimanapun berkata, strategi kerajaan untuk mengekang penularan wabak itu adalah dengan melaksanakan strategi mitigasi.

“Tidak dinafikan pendekatan China (melaksanakan lockdown) berkesan.

“Namun strategi mereka iaitu containment (pembendungan) atau ‘zero COVID’ bermaksud total lockdown bila ada hanya tiga kes positif,” katanya menerusi ciapan di Twitternya.

Khairy berkata demikian dengan menyertakan tangkap layar laporan berita bertajuk “Yuzhou : Second Chinese city forced into COVID lockdown” (Yuzhou: Bandar China kedua dikenakan sekatan pergerakan COVID).

Jelasnya, Malaysia telah mengurus kes positif dengan berkesan apabila kadar vaksinasi tinggi, selain mengingatkan rakyat terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) agar kadar kematian, penggunaan unit rawatan rapi dan kemasukan ke hospital dapat dikurangkan.

Sementara itu, Khairy memaklumkan beliau memberi sokongan penuh kepada Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk menjalankan tugasnya.

Sokongan tersebut merupakan reaksi terhadap kenyataan Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing mempersoalkan latar belakang Dr Noor Hisham sebagai pakar bedah dan bukan daripada bidang kepakaran kesihatan awam.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading