PPZ-MAIWP, PTPTN JALIN KERJASAMA TINGKAT PEMBAYARAN ZAKAT, SIMPANAN PENDIDIKAN
KUALA LUMPUR: Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi meningkatkan kesedaran tentang pembayaran zakat dan menabung untuk pendidikan.
KUALA LUMPUR: Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi meningkatkan kesedaran tentang pembayaran zakat dan menabung untuk pendidikan.
Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan PPZ-MAIWP dan PTPTN hari ini, kerjasama strategik itu bagi menggalakkan pembayar zakat PPZ-MAIWP dan pendeposit akaun Simpan SSPN Prime mendidik anak-anak mereka mengenai kewajipan membayar zakat serta mengoptimumkan kutipan, pengurusan zakat wakalah dan agihan zakat.
“Melalui memorandum persefahaman ini, PPZ-MAIWP dan PTPTN akan berganding bahu menjalankan program-program yang memberi kesedaran berkenaan kepentingan membayar zakat dan penabungan melalui akaun Simpan SSPN dalam kalangan ibu bapa atau penjaga, remaja dan kanak-kanak yang beragama Islam di Wilayah Persekutuan,” menurut kenyataan itu.
Pada majlis memeterai MoU berkenaan PPZ-MAIWP diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Abdul Hakim Amir Osman manakala PTPTN oleh Ketua Eksekutifnya Ahmad Dasuki Abdul Majid dan majlis disaksikan oleh Pengerusi PPZ-MAIWP Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman dan Pengerusi PTPTN Apli Yusoff.
Menurut kenyataan itu sempena MoU berkenaan, Kempen Skim Didik Zakat dan Simpan SSPN Prime (DZAS) turut dilancarkan, dan ia akan berlangsung selama setahun bermula 1 September 2022 hingga 31 Ogos 2023 tertakluk kepada 5,000 peserta terawal.
“Kempen itu terbuka kepada ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak berumur 15 tahun ke bawah. Ibu bapa atau penjaga dan anak itu perlu menunaikan zakat harta mengikut kadar sebenar jumlah taksiran atau membayar serendah RM100 setiap seorang di PPZ-MAIWP dalam tempoh kempen berlangsung,” katanya.
Menurut kenyataan itu antara insentif Skim DZAS yang ditawarkan kepada peserta ialah sumbangan pendidikan PPZ-MAIWP bernilai RM100 seorang setiap tiga tahun dan didepositkan terus ke akaun Simpan SSPN Prime sehingga anak (penerima manfaat) berumur 18 tahun dengan syarat akaun itu tidak ditutup sehingga anak peserta Skim DZAS mencapai umur berkenaan.
Insentif lain ialah PPZ-MAIWP dan PTPTN menaja pembukaan akaun atau penambahan deposit Simpan SSPN Prime berjumlah RM20 setiap peserta bagi 3,000 peserta terawal, sumbangan Skim Kafalah Muzakki (khairat kematian) sehingga RM3,000 kepada waris sekiranya kematian peserta serta lain-lain keistimewaan yang disediakan oleh PPZ-MAIWP dan PTPTN untuk pendeposit Akaun Simpan SSPN Prime.
Menurut kenyataan itu, untuk menyertai kempen berkenaan pelanggan hanya perlu mengisi borang penyertaan Skim DZAS secara dalam talian di dzas.zakat.com.my. Pautan itu juga boleh didapati di portal rasmi PPZ-MAIWP dan PTPTN. Status pendaftaran akan dimaklum melalui e-mel oleh PPZ-MAIWP kepada para pelanggan.
Sementara itu Abdul Aziz berkata PPZ-MAIWP tidak mungkin mampu untuk meningkatkan kutipan zakat saban tahun tanpa sokongan serta kerjasama pihak luar dan mengalu-alukan sektor kerajaan atau swasta untuk berganding bahu dengan agensi itu bagi menyebarkan dengan luas dakwah berkaitan zakat.
“MoU ini bukan sekadar permulaan strategik antara dua organisasi tetapi sebagai pendorong kepada lebih banyak penglibatan kerjasama pada masa akan datang. Saya yakin bahawa dengan penyatuan kepakaran yang dimiliki oleh setiap pihak, kita mampu memberi pelbagai manfaat kepada masyarakat khususnya dalam mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup rakyat,” tambah beliau.
Sementara itu Apli berkata adalah menjadi hasrat dan misi utama PTPTN untuk mengajak masyarakat memulakan simpanan dari seawal usia, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman.
“Justeru kerjasama dengan PPZ-MAIWP dilihat sangat tepat pada masanya sebagai salah satu usaha proaktif PTPTN untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penabungan demi masa depan pendidikan yang terjamin.
“Bagi pihak PTPTN, kerjasama strategik yang dilaksanakan bersama PPZ-MAIWP ini diharapkan dapat membantu masyarakat khususnya pembayar zakat di Wilayah Persekutuan agar mempunyai pengurusan kewangan yang baik menerusi tabungan awal dalam Simpan SSPN Prime demi masa depan pendidikan anak-anak yang lebih terjamin,” katanya.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager