Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PRESIDEN ERDOGAN DIBERI SAMBUTAN RASMI DI PERDANA PUTRA

DUNIA

PRESIDEN ERDOGAN DIBERI SAMBUTAN RASMI DI PERDANA PUTRA

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra di Putrajaya hari ini.

Sumber Gambar: PMO

PUTRAJAYA: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra di sini hari ini.

Sebaik tiba pada 11.10 pagi, Erdogan disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Erdogan kemudian memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (Istiadat) yang diketuai Mej Khairul Fakhzan.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, anggota Kabinet, diplomat asing dan pegawai kanan kerajaan.

Selepas itu, Erdogan menandatangani buku pelawat sebelum meneruskan pertemuan empat mata dengan Anwar.

Lawatan Erdogan adalah atas jemputan Anwar, mengeratkan hubungan kukuh antara kedua-dua negara.

Jumlah perdagangan antara Malaysia dengan Turkiye ialah RM24.13 bilion (USD5.28 bilion) pada 2024, merekodkan peningkatan 18.7 peratus dari 2023.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading