Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PRK SUNGAI BAKAP: PN KEKAL STATUS QUO, PERTAHAN KERUSI

DALAM NEGARA

PRK SUNGAI BAKAP: PN KEKAL STATUS QUO, PERTAHAN KERUSI

Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal itu menang dengan majoriti 4,267 undi setelah memperoleh 14,489 undi untuk menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin yang mendapat 10,222 undi.

Sumber gambar: Facebook Wong Chia Zhen

NIBONG TEBAL: Perikatan Nasional (PN) mengekalkan status quo di Sungai Bakap selepas calonnya Abidin Ismail memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal itu menang dengan majoriti 4,267 undi setelah memperoleh 14,489 undi untuk menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin yang mendapat 10,222 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Khairulnizam Hashim di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi di sini malam ini.

Khairulnizam berkata sebanyak 63.45 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada PRK itu.

Semasa Pilihan Raya Negeri pada Ogos 2023, Nor Zamri Latiff daripada PAS menang dengan majoriti 1,563 undi selepas menewaskan calon PH Nurhidayah Che Rose.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian Nor Zamri, yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Sementara itu, Abidin ketika ditemui pemberita menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pimpinan PN yang telah memberikan kepercayaan kepada beliau untuk diketengahkan sebagai calon bagi PRK DUN Sungai Bakap.

“Alhamdulillah, Allah bagi kemenangan kepada PN, (ia adalah) bantuan daripada sahabat-sahabat jentera seluruh Malaysia,” katanya.

Joohari pula berkata beliau menerima kekalahan itu dengan hati terbuka dan berlapang dada serta percaya rakyat sudah membuat penilaian terbaik dari pelbagai sudut yang telah diterjemah dalam keputusan hari ini.

“Saya percaya keputusan ini, kita boleh terima dengan hati yang terbuka. Ini adalah pilihan raya terbaik yang pernah dilaksanakan oleh Kerajaan Perpaduan dan kita nampak bagaimana jentera (parti) bekerja sehabis baik dan perpaduan itu sangat berkesan,” katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading