Connect with us

ALHIJRAH NEWS

RAMAI SALAH GUNA SURAT MITI UNTUK BALIK KAMPUNG – TPM

DALAM NEGARA

RAMAI SALAH GUNA SURAT MITI UNTUK BALIK KAMPUNG – TPM

GAMBAR ARKIB – AFP

JEMPOL: Keputusan melarang pergerakan rentas negeri menggunakan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bermula 18 hingga 21 Julai ini kerana ramai yang menyalahgunakan dokumen tersebut untuk pulang ke kampung.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu terbukti berlaku pada sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 12 Mei lalu sehingga mencetuskan 36 kluster COVID-19.

“Saya fikir semua orang sudah mula bercuti hari ini (sempena Hari Raya Aidiladha), pada Hari Raya Aidilfitri lalu, beratus ribu (individu) dengan pelbagai alasan termasuk menggunakan surat kebenaran merentas negeri untuk bekerja.

“Mungkin ada yang menggunakan ‘kecekapan’ mereka menipu polis dengan merentas negeri melalui jalan kebun kelapa sawit dan sebagainya tetapi anda tidak boleh menipu COVID-19,” katanya seperti dilapor Bernama hari ini.

Beliau berharap orang ramai mengambil iktibar daripada peningkatan kes COVID-19 susulan pergerakan rentas negeri sebelum ini.

Ismail Sabri mengingatkan masyarakat untuk mematuhi arahan yang telah ditetapkan dan tidak mencuba untuk merentas daerah atau negeri untuk meraikan Aidiladha.

Semalam Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dalam kenyataan memaklumkan polis telah mengesan peningkatan bilangan kenderaan di lebuh raya untuk tempoh dua hari kebelakangan ini.

Jesteru semua sekatan jalan raya (SJR) sempadan negeri telah diarah agar meningkatkan penguatkuasaan bagi mengelakkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab melakukan pergerakan rentas negeri. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading