KUALA LUMPUR: Kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) ke atas Lembaga Tabung Haji (TH) tidak akan menghakis hak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan umat Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata setiap institusi kewangan yang dikawal selia BNM mempunyai model pengurusan berbeza dan boleh terus mengekalkan punca kuasa sedia ada.
“Kuasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ke atas TH, selaras dengan peruntukan Seksyen 10 Akta Tabung Haji 1995 akan terus kekal, terutamanya dari segi operasi dan penyelarasan jemaah haji.
“Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) juga akan terus kekal sebagai menteri bertanggungjawab bagi TH untuk memastikan hak umat Islam dan bakal jemaah haji terpelihara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjelaskan cadangan penambahbaikan pengurusan dan operasi TH yang memerlukan satu kawal selia dari badan yang berkepakaran seperti BNM bagi memastikan TH kekal pada landasannya.
Jelasnya cadangan itu kerana TH diamanahkan untuk menjaga wang lebih 8.3 juta pendeposit, oleh itu pengoperasiannya perlulah dilaksanakan dengan jujur, amanah dan berintegriti.
Kata Zulkifli, pemusatan kuasa yang terlalu besar ke atas suatu individu atau pihak bagi institusi kewangan terbesar umat Islam tersebut, dikhuatiri boleh membuka jalan kepada ketidakcekapan tadbir urus yang bakal membawa mafsadah besar kepada TH.
“Pelaksanaan model baharu operasi TH itu adalah untuk menambahbaik tadbir urus dan model perniagaan TH dan akan diteliti secara bersama oleh Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan Malaysia, BNM dan TH.
“Ini bagi memastikan TH sentiasa mampan dalam menguruskan ibadah haji umat Islam di Malaysia, di samping melaksanakan perniagaan dan pelaburan bagi memberikan potensi pulangan yang baik untuk pendeposit, sekaligus menjana ekonomi umat Islam,” katanya.
Tambahnya konsep tadbir urus yang baik juga dianjurkan dalam Islam, berdasarkan manifestasi tertinggi konsep ihsan.
Selain itu kata Zulkifli tadbir urus yang baik berteraskan maqasid al-syariah juga bermatlamatkan untuk mencapai keredaan Allah SWT.
“Saya mengharapkan agar semua umat Islam dapat memberikan kepercayaan kepada saya, Menteri Kewangan, serta kerajaan dalam melaksanakan penambahbaikan ke atas TH.
“Sesungguhnya TH mempunyai signifikan yang besar ke atas umat Islam. Perkara yang utama adalah untuk memperkasa TH serta berada dalam situasi tadbir urus yang diyakini tanpa sebarang keraguan.
“Kami akan terus memastikan hak umat Islam kekal terpelihara melalui penambahbaikan operasi TH. Semoga TH terus maju dalam menguruskan amanah umat Islam dan bakal jemaah haji Malaysia,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked