COVID-19: KEMATIAN TERTINGGI DICATATKAN HARI INI DENGAN 153 KES

Image

KUALA LUMPUR: Jumlah kematian harian akibat COVID-19 di Malaysia hari ini mencatatkan angka tertinggi dengan 153 kes.

Penambahan kes kematian hari ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan 7,019 kes.

Sementara itu 10,710 jangkitan baharu dikesan di negara ini, turun berbanding 12,528 kes direkodkan semalam.

Angka kes positif COVID-19 keseluruhan di Malaysia kini mencecah 916,561 kes.

Sejumlah 909 kes di unit rawatan rapi (ICU) dilaporkan hari ini dengan 445 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. — AlHijrah Online

Leave a Reply