Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RATUSAN ORANG DIDAKWA LANGGAR SOP SOLAT BERAMAI-RAMAI

DALAM NEGARA

RATUSAN ORANG DIDAKWA LANGGAR SOP SOLAT BERAMAI-RAMAI

SEBERANG PERAI: Tular video yang dirakam orang awam memaparkan ratusan individu yang dipercayai warga asing melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan melakukan solat sunat Aidiladha secara beramai-ramai.

Menerusi video itu, solat sunat tersebut dilakukan di kawasan terbuka di sebuah pangsapuri di Taman Pelangi, Juru.

Jemaah dilihat membawa sejadah sendiri dan membentangkannya di kawasan terbuka tersebut hingga ke bahu jalan.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP) sebelum ini memaklumkan solat sunat Aidiladha hanya dibenar dilakukan di masjid negeri dan daerah dengan kapasiti 150 orang, masjid kariah (100) serta surau (50). — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading