Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SELEPAS BERWUKUF JEMAAH HAJI TIBA DI MUZDALIFAH

DUNIA

SELEPAS BERWUKUF JEMAAH HAJI TIBA DI MUZDALIFAH

Image

MUZDALIFAH: Selesai berwukuf di padang Arafah semalam, kira-kira 60,000 jemaah haji 1442H tiba di Muzdalifah.

Jemaah bergerak ke Muzdalifah selepas matahari terbenam pada hari kesembilan Zulhijjah sebagai persiapan sebelum melakukan ibadah melontar jamrah.

Di Muzdalifah, jemaah mengumpul batu kerikil untuk menyempurnakan ibadah melontar di Mina.

Jemaah haji akan mula tiba di Mina dengan menaiki bas pada 10 Zulhijjah yang juga hari pertama Hari Raya Aidiladha.

Susulan penularan pandemik COVID-19, ibadah haji tahun ini termasuk melontar jamrah perlu dilakukan dengan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Arab Saudi.

Bagi SOP ibadah melontar, jemaah telah dibahagikan kepada kumpulan mengikut warna dengan kawasan melontar juga telah ditetapkan bagi mengelakkan jemaah berkumpul. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading