Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA DIHANYUT ARUS DERAS DITEMUI LEMAS

DALAM NEGARA

REMAJA DIHANYUT ARUS DERAS DITEMUI LEMAS

Remaja lelaki yang dibawa arus deras semasa mandi di sungai Kampung Orang Asli Gabong, di sini, ditemukan lemas pada malam tadi.

Sumber Gambar: JBPM Pahang

BENTONG: Remaja lelaki yang dibawa arus deras semasa mandi di sungai Kampung Orang Asli Gabong, di sini, ditemukan lemas pada malam tadi.

Mayat mangsa, Muhammad Syafiq Akmal Zaidi berusia 17, yang berasal dari Felda Lakum, Lanchang itu ditemui kira-kira jam 9.35 malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mayat mangsa ditemui oleh skuad Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada kedalaman tiga meter di sekitar mangsa dipercayai terjatuh.

“Mangsa dipercayai terjatuh dan dibawa arus manakala tiga lagi rakannya dilaporkan selamat,” katanya.

Katanya, seramai 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama dua jentera bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat kejadian.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Semalam media melaporkan seorang remaja berusia 17 tahun dikhuatiri lemas dibawa arus semasa mandi sungai di Kampung Orang Asli Gabong, Bentong. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading