Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA PEREMPUAN TERJATUH DARI JETI DITEMUKAN LEMAS

DALAM NEGARA

REMAJA PEREMPUAN TERJATUH DARI JETI DITEMUKAN LEMAS

Seorang remaja perempuan ditemukan lemas di Jeti Sungai Raja Hitam, Kampung Beting Luas, Changkat Keruing, Ipoh selepas dipercayai terjatuh akibat lantai jeti yang reput, malam pada Jumaat.

IPOH: Seorang remaja perempuan ditemukan lemas di Jeti Sungai Raja Hitam, Kampung Beting Luas, Changkat Keruing, Ipoh selepas dipercayai terjatuh akibat lantai jeti yang reput, malam pada Jumaat.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Manjung berkata mayat Shirley Ngu Siok Lee, 15, dijumpai Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Changkat Keruing pada 7.52 pagi tadi selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan, sejak malam semalam. 

“Mayat mangsa ditemukan terapung oleh anggota bomba sukarela sekitar satu kilometer dari tempat mangsa dikatakan jatuh dari jeti dan mangsa dibawa ke pesisiran paya bakau,” menurut kenyataan itu.

Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan mengesahkan kematian mangsa dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Dalam insiden kira-kira 10.30 malam itu, Ngu yang berasal dari Kampung Baru Changkat Keruing, dilaporkan tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai di Jeti Sungai Raja Hitam ketika bersiar-siar di jeti berkenaan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading