Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA TULAR DIMANDIKAN SEPERTI JENAZAH DIPENJARA 10 HARI

DALAM NEGARA

REMAJA TULAR DIMANDIKAN SEPERTI JENAZAH DIPENJARA 10 HARI

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki yang videonya tular dimandikan seperti jenazah selepas ditangkap kerana mencuri duit tabung masjid dikenakan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang.

Hukuman dijatuhkan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan selepas tertuduh Daniel Iskandar, 19, mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan terhadapnya.

Mahmakah memerintahkan tertuduh dipenjara bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 9 Januari lalu dan tambahan lima bulan jika gagal membayar hukuman denda yang dikenakan.

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa cuba mencuri tabung kepunyaan Masjid Al Islahiah dengan mengheret dan menyorokkan tabung di dalam bilik mandi jenazah.

Perbuatan itu dilakukan di masjid berkenaan di Rawang kira-kira 11.58 malam pada 8 Januari lalu.

Berdasarkan laporan Sinar Harian, pada hari kejadian, pengadu yang juga siak masjid mendapati tabung masjid telah hilang.

Semakan melalui kamera litar tertutup (CCTV) mendapati tertuduh mengheret dan menyembunyikannya di bilik mandi jenazah.

Suspek kemudian ditemui hasil rondaan dan mengaku bersalah ketika disoal siasat.

Sejak semalam tular video berdurasi satu minit 25 saat menunjukkan seorang lelaki dimandikan seperti jenazah oleh jemaah masjid.

Dalam video itu, pemuda terbabit dilumurkan dengan kapur berus oleh seorang penduduk kampung sambil mukanya ditutup dengan kain.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dengan ada yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan tindakan berkenaan. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading