WTCKL KEMBALI JADI PPV MEGA

May be an image of 5 people, people standing, people sitting and text that says "PPV MEGA WTCKL KEMBALI DOS PENGGALAK ASTRAZENECA Faceshil DIBUKA MULAI 15JANUARI 2022 8:30 PAGI 9:00 MALAM Hanya janji temu melalui MySejahtera sahaja diterima di sini. Walk-in tidak dibenarkan. RADE CENTRE KUALALR"

KUALA LUMPUR: Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) kembali menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega bagi melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Penggalak (Booster) atau lebih dikenali sebagai PICK-B.

Pembukaan semula PPV Mega WTCKL selaras visi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mempercepatkan serta mempertingkatkan kapasiti pemberian vaksin dos ketiga.

Ketua Pegawai Operasi WTCKL, Fauzy Wahab, berkata PPV WTCKL akan dibuka pada jam 8.30 pagi hingga 9.00 malam setiap hari dari 15 Januari hingga 15 Mac 2022.

“Sebanyak 9,000 dos vaksin AstraZeneca akan disediakan di sini untuk orang ramai setiap hari. Terdapat tiga penganjur penjagaan kesihatan (HCO) yang terlibat dalam program vaksinasi mega di sini iaitu BookDoc, BP Healthcare dan U.N.I Klinik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau temu janji vaksinasi akan diberikan melalui aplikasi MySejahtera atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kerana ‘walk-in’ tidak lagi dibenarkan, seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, semasa sidang media pada 6 Januari 2022 lepas.

Penerima vaksin dinasihatkan membawa pen sendiri untuk mengisi borang kebenaran sebagai usaha bersama untuk meminimumkan sentuhan fizikal melalui perkongsian pen di pusat vaksinasi serta membantu mengurangkan penularan wabak COVID-19.

“Laluan Khas disediakan di PPV WTCKL untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas. Kita juga menyediakan ‘Calm Room’ untuk penghidap Gangguan Spektrum Autisme, Kecelaruan Keresahan (Anxiety Disorder) dan Serangan Panik (Panic Attack) serta bilik perubatan khas untuk sebarang kes kecemasan di PPV Mega WTCKL,” katanya.

–AlHijrah Online

Leave a Reply