Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAN PEMANDU LAWAN ARUS DISAMBUNG

DALAM NEGARA

REMAN PEMANDU LAWAN ARUS DISAMBUNG

SHAH ALAM: Tempoh reman individu yang memandu secara melawan arus hingga mengakibatkan kemalangan maut pada Ahad lalu disambung tiga hari lagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata tempoh reman itu disambung bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Suspek sebelum ini telah ditahan reman selama enam hari.

Baharudin dilapor berkata kes itu diklasifikasikan semula kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian Ahad lalu dua maut masing-masing berusia 18 dan 19 tahun selepas kereta Proton Wira Aeroback dinaiki mereka dirempuh kenderaan pacuan empat roda yang dipandu melawan arus di Lebuhraya Persekutuan.

Hasil ujian urin ke atas pemandu pacuan empat roda tersebut selepas kemalangan mendapati suspek positif ganja. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading