Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RENTAS NEGERI: CAHAYA DI HUJUNG TEROWONG SEMAKIN MENYINAR

DALAM NEGARA

RENTAS NEGERI: CAHAYA DI HUJUNG TEROWONG SEMAKIN MENYINAR

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: “Cahaya di hujung terowong” semakin menyinar hasil usaha ramai pihak terutama dalam menjayakan pemberian suntikan vaksin COVID-19 untuk melindungi rakyat Malaysia.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beberapa kelonggaran termasuk kebenaran merentas negeri diberikan selepas risiko dinilai serta kadar peratusan penerima vaksin.

“Hari ini, kita sudah mula melihat dan menikmati hasil kerjasama rakyat dan kerajaan serta pengorbanan para petugas barisan hadapan dalam memerangi COVID-19.

“Ambil peluang rentas negeri ini untuk menziarahi orang tua dan keluarga tercinta yang dirindui, mencari rezeki, membantu peniaga-peniaga kecil dengan melancong dalam negeri, membeli barangan buatan tempatan dan makan beraneka makanan yang diidamkan,” dalam kenyataan di Facebook beliau.

Muhyiddin mengingatkan rakyat untuk tidak leka serta alpa dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta mengamalkan kawalan kendiri dengan ketat.

Beliau menyarankan orang ramai untuk melakukan ujian kendiri bagi mengesan jangkitan COVID-19 dengan lebih cepat supaya isolasi boleh dilakukan dengan lebih efektif dalam usaha memutuskan rangkaian jangkitan virus tersebut dalam komuniti.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading