RENTAS NEGERI DIBENARKAN DI SELURUH NEGARA TERMASUK UNTUK NEGERI DIKENAKAN PKPB

KUALA LUMPUR: Kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri dan daerah bermula 7 Disember 2020 termasuk bagi negeri-negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pergerakan itu juga tidak memerlukan kebenaran pihak polis.

“Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju supaya rentas negeri dan rentas daerah dibenarkan di seluruh negara kecuali di kawasan PKPD.

“Mulai 7 haribulan, tiada sekatan jalan raya oleh pihak polis. Tetapi arahan kepada pihak polis untuk memfokuskan kepada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP),” katanya dalam sidang media hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri turut mengumumkan jumlah individu di dalam kenderaan kini berdasarkan kapasiti tempat duduk kenderaan dan tidak dihadkan kepada tiga individu seperti sebelum ini. — AlHijrah Online

Leave a Reply