Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RIBUT: TEMBOK BANGI WONDERLAND RUNTUH

DALAM NEGARA

RIBUT: TEMBOK BANGI WONDERLAND RUNTUH

KUALA LUMPUR: Tembok taman tema air, Bangi Wonderland di Bangi dilaporkan runtuh semalam dipercayai akibat ribut dan hujan lebat.

Video dan gambar kejadian yang berlaku sekitar pukul 4 petang turut tular di media sosial sejak semalam.

Berdasarkan gambar yang tular, binaan konkrit dipercayai tembok taman tema itu runtuh sehingga memenuhi bahagian tepi jalan.

Tiada individu dilaporkan cedera dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis yang dihubungi Sinar Harian memaklumkan pihaknya tidak menerima panggilan berhubung kejadian tersebut.

Pihak pengurusan taman tema juga belum mengeluarkan sebarang pengesahan berhubung kejadian. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading