RM100 JUTA UNTUK PROGRAM ANAK KITA, TUMPU 3M DAN SPM – AMIR HAMZAH
Kerajaan MADANI memperuntukkan RM100 juta bagi Program Anak Kita (PAK), yang merupakan sebahagian daripada agenda reformasi pendidikan negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
GEORGE TOWN: Kerajaan MADANI memperuntukkan RM100 juta bagi Program Anak Kita (PAK), yang merupakan sebahagian daripada agenda reformasi pendidikan negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata PAK merangkumi tiga aspek utama iaitu program 3M (membaca, menulis, mengira) untuk sekolah rendah, program Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan program murid cicir bagi sekolah rendah serta menengah, yang dilancarkan pada September tahun lepas.
“Program pendidikan di bawah inisiatif PAK mula dilaksanakan sejak tahun lepas dan telah memberi manfaat kepada lebih 83,000 murid di 2,500 sekolah seluruh negara. Ia melibatkan kerjasama rapat antara agensi kerajaan, pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan pihak swasta melalui pelbagai intervensi bagi menangani isu keciciran pembelajaran.
“Kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta bagi menjayakan program ini, yang bertujuan menangani isu keciciran pendidikan melalui pelbagai bentuk intervensi termasuk pemulihan pembelajaran dan pecutan akademik menjelang peperiksaan utama SPM,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi perkongsian pelaksanaan PAK di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Nibong di sini hari ini.
Beliau berkata PAK merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Kewangan (MoF) yang diterajui oleh Unit Pantau MADANI bersama Yayasan Hasanah. Program ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada pencapaian akademik, tetapi juga kepada kesejahteraan dan perkembangan holistik murid.
Amir Hamzah memaklumkan bagi 2024 dan 2025, PAK dilaksanakan dengan kerjasama tiga universiti awam dan tujuh CSO, di samping sokongan pihak sekolah serta pegawai pendidikan di lapangan dengan mula menunjukkan peningkatan.
“Di peringkat nasional, 89 peratus daripada 10,119 pelajar yang terlibat dalam program ini berjaya lulus SPM 2024. Di Pulau Pinang sahaja, program pecutan SPM 2024 berjaya membantu 93 peratus daripada 460 calon lulus,” katanya, sambil menambah bahawa program ini bertujuan membantu pelajar lulus mata pelajaran teras seperti Bahasa Malaysia, Sejarah, dan Matematik agar mereka layak memperoleh sijil SPM.
Beliau berkata PAK juga memfokuskan kepada murid sekolah rendah yang menghadapi kesukaran asas dalam 3M, dengan melaksanakan intervensi pemulihan untuk murid yang masih berada dalam kelas pemulihan agar mereka dapat kembali ke arus perdana.
“Perubahan ketara telah dapat dilihat dengan lebih 1,000 murid di Pulau Pinang berjaya keluar daripada gred gagal pada pertengahan tahun ini,” katanya.
Amir Hamzah, yang juga pemangku Menteri Ekonomi berkata kadar kehadiran murid dalam program intervensi telah melebihi 90 peratus, mencerminkan semangat dan motivasi tinggi dalam kalangan pelajar untuk terus berjaya dalam akademik.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program itu dan berharap momentum kejayaan akan diteruskan pada masa alan datang di bawah kerangka Ekonomi MADANI, kerana inisiatif ini bukan sahaja membantu murid, malah turut memperkukuh cita-cita membina Malaysia yang lebih baik.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests