MALAYSIA PERLU KONSISTEN ZAHIRKAN SOKONGAN TERHADAP PALESTIN – FARAH LEE
Malaysia perlu tegas dan konsisten dalam menzahirkan sokongan terhadap Palestin dengan menyalurkan pendirian itu melalui usaha diplomasi dan solidariti rakyat bersama-sama kepimpinan negara.
KUALA LUMPUR: Malaysia perlu tegas dan konsisten dalam menzahirkan sokongan terhadap Palestin dengan menyalurkan pendirian itu melalui usaha diplomasi dan solidariti rakyat bersama-sama kepimpinan negara.
Pempengaruh Farah Lee berkata langkah itu sejajar dengan kesinambungan komitmen kerajaan Malaysia yang sejak dari dahulu lagi teguh membela Palestin untuk mempunyai hak wujud sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Farah, yang turut menyertai misi konvoi Global Sumud Flotilla (GSF), berkata Palestin bukan sahaja memerlukan bantuan fizikal tetapi juga doa dan perhatian masyarakat dunia agar mereka tidak berasa keseorangan dalam perjuangan itu.
“Saya menyeru rakan-rakan selebriti, pempengaruh dan tokoh masyarakat di Malaysia untuk tidak ketinggalan dalam arus solidariti global ini… suara anda sangat berharga… setiap perkongsian, setiap kata dan setiap tanda sokongan adalah cahaya yang mampu menguatkan semangat Palestin untuk terus bertahan.
“Palestin tidak hanya perlukan tangan yang menghulur tetapi hati yang tidak pernah berhenti peduli… setiap kali nama Palestin disebut, setiap kali doa dititipkan, mereka tahu dunia masih bersama mereka,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata gelombang solidariti terhadap Palestin semakin meluas apabila lebih 2,000 artis di United Kingdom (UK) menandatangani seruan gencatan senjata dan menamatkan sekatan di Gaza melalui inisiatif Artists for Palestine UK manakalapelakon tersohor Sepanyol Javier Bardem turut menggunakan pentas global bagi mengecam kekejaman terhadap rakyat Palestin.
“Solidariti ini membuktikan bahawa suara seni dan budaya mampu menjadi senjata ampuh untuk membuka mata dunia dan mengetuk hati nurani manusia sejagat,” katanya.
Dalam aspek diplomasi, Farah berkata perkembangan bersejarah turut menyaksikan UK, Kanada dan Australia mengumumkan pengiktirafan rasmi terhadap Palestin diikuti Portugal manakala Perancis dijangka menyatakan pendirian pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bulan ini.
Beliau berkata langkah negara-negara berpengaruh itu adalah isyarat jelas bahawa perjuangan Palestin bukan lagi suara pinggiran sebaliknya semakin diiktiraf sebagai perjuangan sah untuk kemerdekaan dan keadilan.
“Sebagai delegasi Malaysia dalam GSF, saya merasai sendiri bagaimana sokongan dunia ini diterjemahkan bukan sekadar melalui kenyataan politik tetapi melalui tindakan nyata… kapal-kapal kemanusiaan yang berlayar ke Gaza adalah simbol keberanian dan keteguhan hati.
“Di tengah badai dan ombak, kami membawa suara rakyat dunia yang enggan membiarkan Palestin sunyi tanpa pembelaan.
“Sumud bermaksud ketabahan dan keteguhan, dan inilah semangat yang perlu dizahirkan oleh kita semua… meskipun berdepan cabaran, kita tidak pernah berganjak daripada prinsip kemanusiaan,” katanya.
Farah juga menegaskan bahawa masyarakat dunia perlu berdiri bersama-sama atas nama keadilan, menolak penindasan dan mengiktiraf hak Palestin untuk merdeka.
GSF menghimpunkan gabungan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Timur Tengah, dengan semua delegasi menekankan prinsip tanpa keganasan serta peranan kapal sebagai simbol solidariti masyarakat dunia terhadap krisis Gaza.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager