Seorang warga emas didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Parit, Perak hari ini selepas mengaku bersalah menyentuh dan mencubit pipi seorang wanita, awal bulan ini.
PARIT: Seorang warga emas didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyentuh dan mencubit pipi seorang wanita, awal bulan ini.
Majistret Nurul Izalina Rajaai juga memerintahkan Samsuri Kamaruddin, 63, menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda itu.
Beliau menasihatkan Samsuri untuk menjaga batasan termasuk dengan orang dikenali.
“Kita semua ada kenalan masing-masing, tapi perlu menjaga batas. Dengan sesiapa pun, kalau bukan mahram, tidak perlu sentuh-sentuh pipi, sentuh tangan. Perbuatan kamu bukan setakat menjatuhkan maruah mangsa tetapi juga ahli keluarga kamu,” katanya.
Samsuri didakwa menggunakan kekerasan jenayah ke atas seorang wanita berusia 23 tahun dengan maksud mencabul kehormatannya pada 4 petang 5 Sept di sebuah kedai runcit di Simpang 4 Bota Kanan, Perak Tengah.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, lelaki itu didakwa menyentuh pipi kiri wanita itu yang merupakan pekerja kedai runcit tersebut dua kali semasa mangsa membuat kira-kira di kaunter bayaran.
Wanita itu telah memarahi tertuduh, namun warga emas itu tetap menyentuh dan mencubit pipi mangsa, menyebabkan dia trauma dan takut untuk hadir bekerja.
Peguam Nurul Syuhada Mohd Yusof merayu mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadap anak guamnya kerana lelaki itu tidak bekerja dan ditanggung dua anak, selain isterinya menghidap penyakit jantung.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Mohd Ameerul Nazhif Wan Zulfikri.
Samsuri membayar denda itu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.