Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SAFARI WUKUF: 80 JEMAAH UZUR DIBAWA KE ARAFAH

DUNIA

SAFARI WUKUF: 80 JEMAAH UZUR DIBAWA KE ARAFAH

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata sebanyak lapan bas khas yang diubah suai tempat duduknya menjadi katil akan digunakan bagi memastikan keselesaan dan keselamatan para jemaah sepanjang perjalanan ke Arafah.

Sumber Gambar: Facebook Datuk Dr Mohd Na’im

MAKKAH: Seramai 80 jemaah haji Malaysia bagi musim 1446H/2025M yang uzur dan mengalami masalah kesihatan akan dibawa menunaikan ibadah wukuf di Padang Arafah pada esok menerusi Program Safari Wukuf.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata sebanyak lapan bas khas yang diubah suai tempat duduknya menjadi katil akan digunakan bagi memastikan keselesaan dan keselamatan para jemaah sepanjang perjalanan ke Arafah.

“Dalam pada itu, seramai 195 petugas kebajikan dan perubatan telah digerakkan sejak tengah malam tadi bagi menyantuni dan membantu jemaah sebaik mereka tiba di Arafah,” katanya kepada pertugas media selepas menyaksikan pelepasan jemaah haji ke Arafah di sini hari ini.

Mohd Na’im berkata seramai 385 Sahabat Maktab yang juga sukarelawan dalam kalangan jemaah haji dari 11 maktab turut digerakkan bagi memastikan kelancaran keseluruhan operasi Masya’ir pada tahun ini.

“Saya secara peribadi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua petugas haji Tabung Haji serta sahabat maktab yang bertugas dengan penuh komitmen demi memastikan kebajikan dan keselamatan jemaah sentiasa terpelihara,” katanya.

Beliau turut menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama mendoakan supaya seluruh operasi Masya’ir berjalan lancar dan semua jemaah haji Malaysia diberikan perlindungan serta memperoleh haji yang mabrur. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading