Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA LAGI JEMAAH HAJI MALAYSIA MENINGGAL DUNIA DI MAKKAH 

DUNIA

DUA LAGI JEMAAH HAJI MALAYSIA MENINGGAL DUNIA DI MAKKAH 

Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci menjadikan jumlah keseluruhan tujuh orang setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

MAKKAH: Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci menjadikan jumlah keseluruhan tujuh orang setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata kematian keenam melibatkan jemaah wanita berasal dari Terengganu, iaitu Siti Hawa Ibrahim, 64, dari KT015 yang menginap di Maktab 85A, Land Premium, di sini yang meninggal dunia 9.32 malam semalam di Hospital King Abdullah di sini, disebabkan serangan jantung.

“Jemaah ketujuh yang meninggal dunia ialah Abdul Halim Awang, 76, berasal dari Alor Setar, Kedah. Allahyarham dari KT033, Maktab 89B Al-Fajr Badrik 5, menghembuskan nafas terakhir pada 2.45 pagi tadi, di Hospital King Abdullah akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada petugas media selepas menyaksikan pelepasan jemaah haji ke Arafah di Hotel Abraj Al-Tayseer di sini hari ini.

Lembaga Tabung Haji (TH) telah menghubungi waris kepada kedua-dua jemaah serta akan mengurus sepenuhnya segala keperluan berkaitan pengurusan jenazah dan kebajikan jemaah yang terlibat.

Mohd Na’im bersama seluruh barisan pengurusan tertinggi TH merakamkan ucapan takziah kepada waris serta ahli keluarga arwah dan mendoakan roh mereka dicucuri rahmat selain diterima segala niat mengerjakan rukun Islam kelima itu. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading