SAHAM THP DI BURSA MALAYSIA NAIK BERIKUTAN AKTIVITI JUALAN ASET

KUALA LUMPUR: Saham TH Plantations Bhd di Bursa Malaysia meningkat dalam sesi awal hari ini, mendapat manfaat daripada penjualan dua syarikat yang tidak mencatatkan prestasi baik baru-baru ini di bawah pelan rasionalisasinya.

Sehingga 9.55 pagi, kaunter itu meningkat 1.5 sen kepada 61 sen dengan 965,700 saham bertukar tangan.

Pada Khamis, TH Plantations berkata ia menjual 100 peratus kepentingan ekuitinya dalam Bumi Suria Ventures Sdn Bhd (BSV) dan Maju Warisan Sdn Bhd kepada Tamaco Plantation Sdn Bhd dengan nilai RM170 juta.

TH Plantations berkata dua syarikat itu memiliki ladang kelapa sawit seluas 6,513.8 hektar di Bintulu dan Sibu, Sarawak.

“Penjualan aset itu, yang dibuat melalui tender, merupakan sebahagian daripada pelan rasionalisasi THP untuk memulihkan prestasi kewangannya melalui penjualan asetnya bagi mengurangkan pinjaman dan meningkatkan kecekapan operasi,” katanya. — BERNAMA

Leave a Reply