DALAM NEGARA
SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA SERLAH PERPADUAN RAKYAT MALAYSIA – PM ANWAR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sambutan Tahun Baharu Cina yang diraikan bersama pelbagai kaum menyerlahkan semangat perpaduan rakyat di negara ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sambutan Tahun Baharu Cina yang diraikan bersama pelbagai kaum menyerlahkan semangat perpaduan rakyat di negara ini.

Sumber: BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sambutan Tahun Baharu Cina yang diraikan bersama pelbagai kaum menyerlahkan semangat perpaduan rakyat di negara ini.
Beliau berkata kehadirannya pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Wisma MCA di sini hari ini adalah untuk bersama-sama meraikan perayaan itu yang disifatkan sebagai sambutan seluruh rakyat Malaysia.
“Saya hanya datang untuk sama-sama meraikan sambutan Tahun Baharu Cina yang dianjurkan oleh MCA dan ini bukan sahaja satu kumpulan, tetapi sambutan semua rakyat.
“Saya lihat sambutan itu sangat baik dan menunjukkan perpaduan kita,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.
Anwar berkata Tahun Kuda yang disambut tahun ini melambangkan kekuatan dan tenaga yang diharap dapat memacu pertumbuhan ekonomi serta pembangunan negara.
“Saya ingin ucapkan Tahun Kuda ini tahun kuda berapi yang memacu pertumbuhan yang lebih hebat dan segar. Kuda simbolnya kencang, kekuatan tenaga yang hebat dan menunjukkan mudah-mudahan prestasi ekonomi dan pembangunan rakyat Malaysia akan jauh lebih baik tahun ini,“ katanya.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran tetamu kenamaan lain antaranya bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bekas Presiden MCA Tan Sri Tan Koon Swan dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.
Pada majlis itu, Anwar bersama-sama tetamu kehormat menggaul Yee Sang, hidangan tradisional yang sinonim dengan sambutan Tahun Baharu Cina.
Mengikut kalendar lunar, tahun ini merupakan Tahun Kuda yang dalam kepercayaan masyarakat Cina melambangkan semangat, ketekunan dan kemajuan.–AlHijrah Online
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Seorang wanita yang menyaksikan kejadian tersebut telah menegur dan meminta kedua-dua lelaki terbabit menghentikan perbuatan itu, namun...
Timbalan Pendakwa Raya SPRM Muaz Ahmad Khairuddin menawarkan jaminan RM70,000 dengan tertuduh perlu mematuhi syarat tambahan yang...
Polis sedang mengesan penunggang motosikal yang dipercayai melanggar dua murid perempuan ketika mereka melintas jalan di...
Anthony Loke kekal dengan pendirian untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan dan akan menyerahkan surat peletakan...
TV AlHijrah memperkenalkan kempen “Go Halal” sempena MIHAS 2026 bagi membantu usahawan dan pemain industri halal...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)
Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.