Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SATU MAUT, DUA CEDERA RINGAN AKIBAT DIPANAH PETIR KETIKA MEMIKAT BURUNG

DALAM NEGARA

SATU MAUT, DUA CEDERA RINGAN AKIBAT DIPANAH PETIR KETIKA MEMIKAT BURUNG

“Kejadian dilaporkan berlaku di kawasan tanah lapang di kampung berkenaan pada jam 6 petang tadi. Sewaktu kejadian ketiga-tiga mangsa dikatakan sedang memikat burung.”

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera ringan selepas dipanah petir ketika sedang memikat burung di kawasan tanah lapang di Kampung Padang Tanjung, Marang, dekat sini, hari ini. 

Mangsa, Mohd Hassan Mohd Rani, 38, disahkan maut di tempat kejadian manakala dua lagi rakannya Mohamad Fadilah Jusoh, 37, dan Abdul Hisyam Muhamad dilaporkan cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Zain Mat Dris berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada MERS999 pada jam 7 malam tadi.

“Kejadian dilaporkan berlaku di kawasan tanah lapang di kampung berkenaan pada jam 6 petang tadi. Sewaktu kejadian ketiga-tiga mangsa dikatakan sedang memikat burung.”

“Setelah itu, hujan lebat bersama ribut petir telah berlaku di lokasi. Mereka kemudian pergi berlindung di bawah sebatang pokok di kawasan berhampiran sebelum tiba-tiba Mohd Hassan dipanah petir,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurutnya, Mohamad Fadilah dan Abdul Hisyam yang berada berdekatan dengan Mohd Hassan turut terkena tempias panahan petir tersebut. 

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk bedah siasat manakala dua rakannya mendapat rawatan di hospital sama. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading