Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEGERA GUNA TULISAN JAWI ATAU BERDEPAN TINDAKAN

DALAM NEGARA

SEGERA GUNA TULISAN JAWI ATAU BERDEPAN TINDAKAN

KUANTAN: Pemilik premis perniagaan dan papan iklan di Pahang yang belum menggunakan tulisan jawi dinasihatkan segera berbuat demikian memandangkan mereka hanya mempunyai dua bulan sahaja sebelum boleh dikenakan tindakan. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang Abd Rahim Muda berkata mulai 1 Jan depan, kegagalan menggunakan tulisan jawi boleh menyebabkan mereka dikenakan kompaun sehingga RM250 bagi satu kesalahan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing. 

Katanya, ketetapan menggunakan tulisan jawi yang bersaiz sama seperti tulisan rumi dibuat tahun ini, bertujuan memartabatkan semula tulisan jawi yang semakin terpinggir, namun berdasarkan pemerhatian penggunaannya masih belum meluas kecuali di beberapa lokasi di Kuantan dan Pekan. 

“Ada peniaga yang mengatakan mereka tidak menerima arahan tetapi sebenarnya arahan mengenai perkara ini telah diuar-uarkan menerusi media walaupun mungkin kurang agresif.

“Kita harapkan mereka menggunakan tempoh masa yang masih berbaki ini untuk segera berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Sayangi Pantai Kita di Pusat Rekreasi Air Balok di sini, hari ini. 

Turut hadir ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Datuk Hamdan Hussin. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading