Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEKUMPULAN LELAKI PUKUL PENGAJAR DI TAHFIZ

DALAM NEGARA

SEKUMPULAN LELAKI PUKUL PENGAJAR DI TAHFIZ

Punca kejadian akibat tidak berpuas hati dengan tenaga pengajar tahfiz berkaitan pembayaran makanan di pusat tahfiz tersebut.

[KEMASKINI]

KUALA LIPIS: Tular video beberapa individu bertindak agresif dengan memukul pelajar dan pengajar sebuah tahfiz yang terletak di Kuala Lipis, Pahang.

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor, punca kejadian akibat tidak berpuas hati dengan tenaga pengajar tahfiz berkaitan pembayaran makanan di pusat tahfiz tersebut.

“Tiga suspek telah menyerang seorang ustaz dikenali sebagai Muhammad Zulhafiz Mohd Rasid serta seorang pelajar dikenali sebagai Umar Naufal Azman.

“Kejadian menyebabkan Muhammad Zulhafiz mengalami kecederaan di mata sebelah kanan, cedera di tangan dan lebam di badan manakala pelajar tersebut mendapat kecederaan sakit di badan,” katanya.

Ujar Azli kejadian berlaku pada 11 Ogos 2022 kira-kira jam 5.10 petang di Pusat Tahfiz Darul Fikri Al Mahmudiah, Kuala Lipis dengan lima suspek bersama seorang pelajar tahfiz telah pergi ke pusat pengajian tersebut.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Dalam video yang tular tersebut turut menunjukkan seorang lelaki memasuki ruang solat tahfiz tersebut dengan memakai kasut. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading