Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

STROK JEJAS INGATAN LELAKI HAFIZ AL-QURAN

DALAM NEGARA

STROK JEJAS INGATAN LELAKI HAFIZ AL-QURAN

“Saya tidak mengenal ABC, alif ba ta, dan 1 2 3. Apa yang lebih mendukacitakan, hafazan al-Quran saya turut hilang sama sekali. Tiada sesisa walau satu ayat pun.”

KUALA LUMPUR: Seorang hafiz al-Quran diuji selepas diserang penyakit strok secara tiba-tiba hingga menyebabkan hafalannya hilang.

Menerusi perkongsian Mohd Izwanuddin Abd Rahim, beliau diserang strok pada hari kedua raya haji lalu dan hasil imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) menunjukkan berlaku pendarahan dalam otaknya.

“Sewaktu hari-hari terawal ditimpa penyakit ini, saya kehilangan keupayaan bertutur, kehilangan memori, kemampuan membaca, mengira, menulis dan sebahagian badan tidak boleh berfungsi secara normal.

“Saya tidak mengenal ABC, alif ba ta, dan 1 2 3. Apa yang lebih mendukacitakan, hafazan al-Quran saya turut hilang sama sekali. Tiada sesisa walau satu ayat pun,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Ujar Izwanuddin, keadaan beliau kini beransur pulih namun dia masih belum boleh bekerja dan sedang bercuti sakit.

Katanya, proses penyembuhan penyakit tersebut mungkin memakan masa berbulan atau bertahun.

“Secara ansur-ansur, keadaan kini saya lebih baik berbanding ketika diawal-awal dulu. Saya umpama bayi yang baru lahir yang perlu belajar segala-gala semula,” katanya.

Keutamaan Izwanuddin kini adalah untuk menghafaz semula al-Quran namun ianya satu cabaran besar kerana beliau tidak mampu bertutur seperti biasa.

Beliau terpaksa mengeja huruf alif ba ta serta kalimah-kalimah al-Quran dari mula.

“Untuk membaca al-Quran seperti biasa pun menjadi satu cabaran yang sukar buat saya.

“Walaupun hal ini akan mengambil masa yang panjang, saya tetap optimis. Doakan ‘kembara’ saya ini,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading