Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SELANGOR, PERAK DIRAMAL HUJAN AWAL PAGI ESOK

DALAM NEGARA

SELANGOR, PERAK DIRAMAL HUJAN AWAL PAGI ESOK

Logo-Jabatan-Meteorologi-Malaysia SUNGAI BESAR, 17 Jun – Cuaca diramalkan hujan awal pagi esok di satu dua tempat di kawasan pantai negeri-negeri di pantai Barat semenanjung, kata Jabatan Meterologi Malaysia. Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional MetMalaysia dalam satu kenyataan menerusi portal agensi itu memaklumkan keadaan itu berlaku berikutan tiupan angin Barat Daya yang lemah. Menurut kenyataan itu lagi, hujan dan ribut petir juga dijangka melanda satu dua tempat di kawasan pedalaman Selangor dan Perak pada lewat petang dan senja. Bagaimanapun, pada sebelah malam, cuaca diramal baik di kebanyakan tempat di Selangor dan Perak, menurut kenyataan itu. Esok merupakan hari pengundian bagi dua Pilihan Raya Kecil (PRK) iaitu Parlimen Sungai Besar, di Selangor dan Kuala Kangsar, di Perak setelah berkempen selama 12 hari, mulai 6 Jun lepas. BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading