Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SELANGOR TIDAK MINAT TEROKA REE – AMIRUDIN

DALAM NEGARA

SELANGOR TIDAK MINAT TEROKA REE – AMIRUDIN

SHAH ALAM: Selangor tidak berminat untuk meneroka unsur nadir bumi (REE) sebagai sumber pendapatan baharu meskipun kerajaan negeri dimaklumkan bahan mineral itu terdapat di negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ketika sidang media berhubung keputusan terkini Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hari ini. – Bernama

SHAH ALAM: Selangor tidak berminat untuk meneroka unsur nadir bumi (REE) sebagai sumber pendapatan baharu meskipun kerajaan negeri dimaklumkan bahan mineral itu terdapat di negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata walaupun Kerajaan Persekutuan kini membenarkan kerajaan negeri membuat penerokaan awal REE, kerajaan Selangor konsisten dengan keputusan sama yang dibuat sejak 2017 dan masih belum berminat untuk tujuan sedemikian.

“Kita belum ada minat dan niat untuk teroka REE tetapi SOP (prosedur operasi standard) tetap kena buat kalau nak teroka, kalau ada cubaan (untuk meneroka REE) kita akan ambil tindakan sewajarnya,”katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini dilaporkan berkata kebenaran untuk kerajaan negeri membuat penerokaan awal REE, berdasarkan SOP sedia ada untuk perlombongan nadir bumi dan mineral diputuskan dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Industri Mineral (JKPPIM) yang berlangsung semalam.

Sementara itu, Amirudin berkata Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor dan pembentangan Belanjawan 2024 negeri itu dijangka diadakan pada pertengahan November ini, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading