SEMUA MASJID, SURAU DISARAN ANJURKAN SOLAT SUNAT GERHANA

Gambar fail. Sumber BERNAMA

KUALA LUMPUR: Semua masjid dan surau disarankan untuk mendirikan solat sunat gerhana bulan selepas solat Maghrib, hari ini.

Ia bersempena fenomena gerhana bulan penuh akan berlaku di Malaysia pada hari ini 8 Nov bersamaan 13 Rabiul Akhir 1444H.

“Gerhana tersebut bermula pada jam 5.09 minit petang dan berakhir pada 8.49 malam.

“Walau bagaimanapun, gerhana bulan penuh tersebut hanya dapat dilihat bermula 6.58 petang iaitu apabila bulan mula terbit di ufuk timur,” dalam hantaran di Facebook Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Dalam pada itu, Unit Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan Cerapan Gerhana Bulan Penuh di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar dan Menara Kuala Lumpur bermula 5.10 petang.—AlHijrah Online

Leave a Reply