Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SESI PERSEKOLAHAN SESI 2021 BERMULA 1 MAC

DALAM NEGARA

SESI PERSEKOLAHAN SESI 2021 BERMULA 1 MAC

KUALA LUMPUR: Sesi persekolahan secara bersemuka bagi murid Pra-Sekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 akan bermula pada 1 Mac 2021.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin berkata, bagi murid Tahun 3 hingga Tahun 6, sesi persekolahan akan bermula pada 8 Mac 2021.

Sebelum ini, sesi persekolahan telah ditangguhkan susulan peningkatan kes COVID-19.

“Bagi pelajar sekolah menengah di negeri Kumpulan A akan hadir ke sekolah pada 4 April manakala bagi negeri Kumpulan B bermula 5 April, iaitu selepas tamat sesi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020,” katanya.

Ujarnya, keputusan membenarkan pelajar sekolah rendah untuk mengikuti sesi persekolahan lebih awal adalah bagi memberi ruang kepada murid dan guru menyesuaikan diri dengan suasana norma baharu dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Negeri dalam kumpulan A melibatkan sekolah di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu manakala kumpulan B melibatkan sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya.

Bagaimanapun, Mohd Radzi merayu kepada ibu bapa bagi memastikan pematuhan SOP bagi murid berada di luar sekolah.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading